Skip to main content

Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 4 Bab 1

BAB 1  PENGENALAN KEPADA GKT


Bab 1 Pengenalan Kepada GKT

1.1 Evolusi Lukisan , Sistem dan Kepiawaian
1.2 Kepentingan Lukisan Kejuruteraan
1.3 Peralatan dan Bahan Melukis
1.4 Persediaan Kertas Lukisan


1.1  EVOLUSI LUKISAN, SISTEM DAN KEPIAWAIAN

Sejak zaman dahulu, lukisan merupakan luahan idea untuk berkomunikasi. Manusia melukis dan mengukir pelbagai simbol di dinding gua dan di atas batu. Simbol - simbol ini diukir menyerupai bentuk haiwan, burung, manusia dan objek. Simbol - simbol yang digunakan untuk berkomunikasi oleh orang Mesir pada zaman dahulu dikenali sebagai Hieroglif Mesir.

Antara simbol yang digunakan oleh orang Mesir untuk berkomunikasi

Perkembangan ketamadunan menyebabkan manusia memerlukan peralatan dan jentera yang lebih moden. Disebabkan peralatan melukis yang ada ketika itu terhad, para artis dan jurutera zaman dahulu telah menggunakan lakaran untuk menunjukkan konsep reka bentuk bangunan, peralatan dan mekanisme mudah untuk sesuatu jentera. Kebanyakan lakaran ini dilakar  dari satu pandangan sahaja.

Penggunaan alat lukisan seperti pembaris dan jangka lukis membolehkan para artis dan jurutera menghasilkan lukisan yang lebih baik. Kemajuan ini berkembang pesat pada zaman arkitek Roman. Arkitek - arkitek dapat menghasilkan lukisan bangunan dengan pelbagai pandangan seperti pelan, pandangan hadapan, pandangan sisi dan lukisan perspektif.

KEPIAWAIAN LUKISAN

Terdapat beberapa institusi kepiawaian di peringkat tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah :

a.  Institusi Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia ( SIRIM )
b.  Institusi Piawaian Kebangsaan Amerika ( ANSI )
c.  Kepiawaian British ( BS )
d.  Pertubuhan Kepiawaian Antarabangsa ( ISO )
e.  Kepiawaian Australia ( AS )
f.  Kepiawaian Industri German ( DIN )
g.  Kepiawaian Kanada ( CS )
h.  Kepiawaian Antarabangsa Jepun ( JIS )

1.2  KEPENTINGAN LUKISAN KEJURUTERAAN

KERJAYA DALAM BIDANG LUKISAN KEJURUTERAAN


KATEGORI PEKERJAAN

TANGGUNGJAWAB
Ketua Jurutera
Mengurus Projek
Jurutera
Menyediakan konsep reka bentuk, idea, pengiraan, menyemak, mengesahkan lukisan dan reka bentuk.
Pelukis Pelan
Menyediakan lukisan asas, butiran, pendimensian, lukisan persebahan dan lukisan pemasangan reka bentuk akhir.
Pereka Bentuk
Mereka bentuk idea, membentang susun atur dan fizikal
 Kategori Pekerjaan dan Tanggungjawab Pekerja Dalam Bidang Lukisan Kejuruteraan.

Bidang pekerjaan khusus dalam bidang kejuruteraan di tunjukkan.

BIDANG KHUSUS


BIDANG LUKISAN
Mekanikal
a.       Reka bentuk produk
b.      Reka bentuk industri
Elektrik dan Elektronik
Litar, papan litar bercetak, komputer
Awam dan Ukur
Kemudahan awam, empangan, lapangan terbang, jalan raya dan pemetaan.
Seni Bina
Bangunan kediaman, landskap dan reka bentuk dalaman.




1.3 PERALATAN DAN BAHAN MELUKIS

PERALATAN LUKISAN

A)  PAPAN LUKIS
menjadi alas untuk melukis di atas permukaan yang rata

B)  SESIKU T
Untuk menmbina garisan mengufuk

C)  SESIKU SET
Untuk membina sudut 30, 45, 60, dan 90 darjah.

D)  PENSIL LUKISAN
Untuk membina garisan objek dan garisan binaan.

E)  PEMADAM
Untuk memadam garisan yang tidak diperlukan.

F)  LENGKUNG PERANCIS
Untuk membina garisan lengkung dengan menyesuaikan bahagian lengkung pada lengskung Perancis.

G)  LENGKUNG BOLEH LENTUR / LENGKUNG FLEKSIBEL
Membina garisan lengkung.

H)  JANGKA LUKIS ( MAPED )
Membina bulatan dan memindahkan jarak

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

SELAMAT DATANG KE BLOK GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL

SELAMAT DATANG KE BLOG GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL  (GKT) Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk pelajar sekolah menengah yang mengambil aliran lukisan kejuruteraan ataupun grafik komunikasi teknikal, GKT. Disini kami akan menyediakan nota untuk pelajar  lukisan kejuruteraan ataupun grafik komunikasi teknikal, GKT memandangkan buku nota mengikut format SPM baharu masih belum banyak di pasaran. Kami berharap laman blog kami dapat membantu pelajar yang ingin menduduki ujian dan pelajar - pelajar SPM. Seperti yang kita ketahui bahawa format SPM LK / GKT ini telah di tukar menjadi format yang baru pada 2018. Subjek GKT mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT memandangkan dan perlu berfikir luar kotak kerana GKT perlu mempunyai kreativiti untuk melukis sesuatu lukisan. Grafik komunikasi Teknikal telah dibentuk untuk memenuhi matlamat dan objektif yang ditetapkan dari aspek perlaksanaan dan Kandungan Kokurikulum Standard  Gkt. Walaupun sering kali mendengar daripada pel