Skip to main content

Posts

Grafik Komunikasi Teknikal Tingkatan 4 Bab 1

BAB 1  PENGENALAN KEPADA GKT Bab 1 Pengenalan Kepada GKT 1.1 Evolusi Lukisan , Sistem dan Kepiawaian 1.2 Kepentingan Lukisan Kejuruteraan 1.3 Peralatan dan Bahan Melukis 1.4 Persediaan Kertas Lukisan 1.1  EVOLUSI LUKISAN, SISTEM DAN KEPIAWAIAN Sejak zaman dahulu, lukisan merupakan luahan idea untuk berkomunikasi. Manusia melukis dan mengukir pelbagai simbol di dinding gua dan di atas batu. Simbol - simbol ini diukir menyerupai bentuk haiwan, burung, manusia dan objek. Simbol - simbol yang digunakan untuk berkomunikasi oleh orang Mesir pada zaman dahulu dikenali sebagai Hieroglif Mesir. Antara simbol yang digunakan oleh orang Mesir  untuk berkomunikasi Perkembangan ketamadunan menyebabkan manusia memerlukan peralatan dan jentera yang lebih moden. Disebabkan peralatan melukis yang ada ketika itu terhad, para artis dan jurutera zaman dahulu telah menggunakan lakaran untuk menunjukkan konsep reka bentuk bangunan, peralatan dan mekanisme mudah untuk sesuatu
Recent posts

SELAMAT DATANG KE BLOK GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL

SELAMAT DATANG KE BLOG GRAFIK KOMUNIKASI TEKNIKAL  (GKT) Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk pelajar sekolah menengah yang mengambil aliran lukisan kejuruteraan ataupun grafik komunikasi teknikal, GKT. Disini kami akan menyediakan nota untuk pelajar  lukisan kejuruteraan ataupun grafik komunikasi teknikal, GKT memandangkan buku nota mengikut format SPM baharu masih belum banyak di pasaran. Kami berharap laman blog kami dapat membantu pelajar yang ingin menduduki ujian dan pelajar - pelajar SPM. Seperti yang kita ketahui bahawa format SPM LK / GKT ini telah di tukar menjadi format yang baru pada 2018. Subjek GKT mementingkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT memandangkan dan perlu berfikir luar kotak kerana GKT perlu mempunyai kreativiti untuk melukis sesuatu lukisan. Grafik komunikasi Teknikal telah dibentuk untuk memenuhi matlamat dan objektif yang ditetapkan dari aspek perlaksanaan dan Kandungan Kokurikulum Standard  Gkt. Walaupun sering kali mendengar daripada pel